Skip to main content

Tema dan Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 56 Tahun 2013

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 56 | Sebelum itu, saya ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke 56' untuk seluruh warga Malaysia yang membaca blog ini. Sama samalah kita mengekalkan perpaduan dan kerjasama di antara kaum dan mengekalkan toleransi sesama kita. Berikut adalah sedikit maklumat mengenai sambutan hari kemerdekaan malaysia yang ke 56 tahun.

tema-dan-logo-hari-merdeka


Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Tema untuk sambutan kemerdekaan pada kali ini ialah 'Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku' Tema yang di pilih ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.


Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56


logo-hari-merdekaGambar di sebelah menunjukan Logo Merdeka untuk kali yang ke 56.
Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.






Tahun 2013 juga istimewa kerana ia merupakan Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia. Sempena sambutan ini, kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini. Acara-acara yang akan diadakan adalah:

i) Acara Bot Berhias yang akan diadakan pada 15 September 2013 bertempat di tebingan Sungai Sarawak.

ii) Acara sambutan di Sarawak diadakan pada sebelah siang 16 September 2013 di Padang Merdeka, Kuching dan dijangka turut melibatkan pelancaran duit syiling khas sempena Jubli Emas sambutan berkenaan.

iii) Sambutan acara Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di Sabah pula akan diadakan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Pelbagai program diadakan sempena sambutan ini bermula pada 15 September 2013 termasuk pelbagai aktiviti Karnival Rakyat. Acara kemuncak sambutan pada 16 September 2013 di Sabah akan dimeriahkan dengan penyertaan semua kaum di Sabah yang terdiri dari 35 kumpulan kaum/etnik yang lengkap dengan pakaian tradisional suku kaum masing-masing dan akan diadakan pada sebelah malam.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 menerusi www.malaysiamerdeka.gov.my.

Sumber : Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 56

Comments

Popular posts from this blog

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

Gambar Permainan Anak Gadis di Rusia

Anak anak gadis di rusia telah menemui permainan baru untuk memenuhi masa lapang mereka. Permainan ini menguji kelajuan nafsu adrenalin yang mengalir dalam tubuh mereka yang putih melepak tu. Aku harap gadis gadis kat malaysia ni masih ada lagi benda untuk bermain. Buat benda benda yang berfaedah contohnya berblog ke..jangan di tiru pulak bebudak rusia ni. Sayang betul kalau muka lawa macam awek kat atas tu tapi cacat atau mati muda disebabkan main benda ini. Jom lihat apa yang gadis gadis rusia ni main.