Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

#SaveJejai : Penulis Blog Teratakarmo Perlukan Bantuan

Tadi aku dimaklumkan Brader Jejai dari Teratakarmo menghidap penyakit kanser paru-paru stage 4. Oleh itu mohon bantuan dari rakan rakan blogger untuk sama-sama ringankan beban family Brader Jejai yang kos perubatan semakin meningkat. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk entry EYRIQAZZ Bantuan boleh dihulurkan ke akaun ini :   Maybank Acc Je Jai : 164351079691  (Azhar Bin Ramli) Maybank Acc   Acc No : 164089741562  (wife Je JAI ,Mazliana Othman ) Dah lama jadi stalker secara indiependent blog Teratakarmo, tak sangka betul pemiliknya sedang bertarung nyawa. Semoga Allah permudahkan.Amin

Buruan Emas Datuk Lee Chong Wei dalam Olimpik London 2012

BADMINTON / Men's Single Final Olympic 2012 kali ini menampilkan jaguh Asia Tenggara Datuk Lee Chong Wei yang akan menantang Lin Dan . Pastinya debaran pingat emas atau perak yang bakal di kalungkan di leher Datuk Lee Chong Wei dikongsikan bersama oleh semua Rakyat Malaysia. Pastinya Lin Dan bukannya lawan yang mudah buat Datuk Lee Chong Wei , tapi apa apa pun semoga Datuk Lee Chong Wei mempamerkan aksi yang menarik malam ini. 

Misi Balas Dendam Lee Chong Wei ke atas Lin Dan

Lin Dan boleh di katakan musuh tradisi bagi Datuk Lee Chong Wei, masih ingat tak Olimpik 2008? kemenangan pada waktu itu berpihak kepada Lin Dan dan sudah semestinya Datuk Lee Chong Wei akan memastikan peristiwa tewas di Beijing tak akan berulang di London 2012. Apa apa pun kita nantikan Perlawanan Akhir Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan. Mengimbas pertemuan pada final Sukan Olimpik 2008, Chong Wei berkata keadaannya kini berbeza ketika lawannya beraksi di gelanggang sendiri dan kini Arena Wembley adalah gelanggang berkecuali. Bagaimanapun, Chong Wei mengakui beliau kini mula rasa tertekan sama seperti sebelum menemui Lin Dan pada perlawanan akhir di Beijing pada 2008. Mengikut statistik, Lin Dan mempunyai kelebihan ke atas Chong Wei dengan memenangi 20 daripada 29 pertemuan antara mereka. Pada pertemuan terakhir semasa Kejohanan All England, Mac lepas, Lin Dan mendahului 21-19 pada set pertama dan 6-2 pada set kedua apabila Chong Wei menarik diri akibat kecederaan buku lali.

Lee Chong Wei Mara Ke Final Badminton Olimpik London

Syabas buat Lee Chong Wei yang memenangi Perlawanan Separuh Akhir Badminton Olimpik di London. Kemenangan ke atas Cheng Long tadi menaikkan harapan Malaysia untuk merasa Aiskrim Baskin Robbins Pingat Emas dalam Temasya Olimpik kali ini. Tahniah! Lee Chong Wei meraikan kemengan keatas Cheng Long dalam Perseorangan Badminton Lelaki Olimpik London. -  Reuters pic

Kesilapan Umum Blogger yang Perlu Di beri Perhatian

Asalamualaikum, tadi aku ada cerita sedikit mengenai ada budak yang baik hati nak bagi aku tudung bawal dalam entri ini.  Sekarang aku rasa macam nak menulis pulak kesilapan yang selalu sangat blogger blogger ni buat. Kesilapan ini memang rasanya agak remeh temeh, tapi aku rasa memang memberi kesan yang besar. Kesilapan yang aku maksudkan adalah semasa kita Follow sesuatu blog, berapa ramai yang letak link blog anda di profile Google Friend Connect.? Aku rasa Backlink di situ lebih berkualiti daripada anda letakkan link di shoutbox. Maka tak hairan lah kalau kita google "Tips untuk terindeks di google" salah satu jawapan yang di beri oleh old timer blogger ialah Follow Blog yang banyak follower. Tapi kalau kita follow saja tanpa letakkan link, tak ke sia sia tu. Lagipun ini akan memudahkan pemilik blog yang anda follow tu pergi ke blog anda. contoh Follower yang

Apakah Itu Tudung Bawal

Asalamualaikum.! Kelmarin ini aku dapat tahu yang aku menang GA FAtin FAtini . Terima kasih kepada diorang yang sudi menghadiahkan aku dengan khidmat random .org. Dalam keseronokan kemenangan yang aku menang Tudung Bawal tu, tiba tiba aku jadi macam nih Tudung Bawal? Macam pernah dengar, tapi macam mana eh..? adakah Tudung Bawal tu Macam ini.