Skip to main content

Kitab Injil yang Sebenar di temui

Sebuah Kitab Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada
1,500 tahun.


 Kitab yang berusia 1,500 tahun ini mengandungi ajaran awal Nabi Isa a.s. dan pernyataan Muhammad adalah sebagai RASUL yg akan datang selepasnya.


Injil berkenaan dijumpai oleh polis Turki pada tahun 2000 dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam. Pada 2010, Injil berkenaan diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan diberi kebenaran untuk dipamerkan setelah beberapa usaha pemulihan.


Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang mana Nabi Isa as dipercayai hanya seorang Rasul dan pesuruh Allah swt dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai sebahagian besar mereka yang beragama Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Protestan, Anglican dan Orthodox.

Lebih menarik, Injil ini turut mendakwa Nabi Isa as tidak pernah meninggal dunia akibat disalib dan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Ia bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan daripada hawari Paul.Sebuah Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad saw bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XVI sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.

Injil berkenaan dijumpai oleh polis Turki pada tahun 2000 dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam. Pada 2010, Injil berkenaan diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan diberi kebenaran untuk dipamerkan setelah beberapa usaha pemulihan.



Teks kulit berjilid yang ditulis pada kulit haiwan, telah ditemui oleh polis Turki semasa operasi anti-penyeludupan pada tahun 2000.
Namun atas desakan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan, kerana bimbang ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad( Muhammad) s.a.w.


Ramai cendikiawan Kristian menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-16 dan bukannya abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam.


Namun begitu, pengkaji-pengkaji Islam mempercayai ia adalah Injil yang sebenar-benar Injil sepertimana yang difirman Allah swt dalam Al-Quran.

Kejadian ini benar-benar telah menggemparkan pusat Kristian sedunia di Vatican City, Rome.

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. (2:146)



entry ini berdasarkan post daripada sini : http://cerita2pelik.blogspot.com/2012/02/kitab-injil-1500-tahun-ditemui.html


dan sini : http://www.dailymail.co.uk/news/article-2105714/Secret-14million-Bible-Jesus-predicts-coming-Prophet-Muhammad-unearthed-Turkey.html?ICO=most_read_module

Kitab Injil Bertinta Emas






Comments

Unknown said…
Itulah dia..apabila datang kebenaran yang batil pasti akan lenyap insyaAllah.
Cikgu Ma said…
antara tanda-tanda kiamat ialah yang hak kembali nyata

Popular posts from this blog

Mak Mudim Tukang Sunat yang Cun - 18SG

Cuti sekolah ni memang sesuatu yang nikmat bagi budak-budak sekolah, masa ni lah nak pergi jalan-jalan, mandi sungai, melancong, makan nasi kenduri, dan lain lain. tapi ada jugak yang ambil kesempatan cuti sekolah nih untuk bersunat / khatan. berkhatan sekarang tak macam dulu silap cara mau bentan sebulan haha., sekarang dalam berapa hari ja dah boleh berlari. ini aku nak kongsikan

Gambar Permainan Anak Gadis di Rusia

Anak anak gadis di rusia telah menemui permainan baru untuk memenuhi masa lapang mereka. Permainan ini menguji kelajuan nafsu adrenalin yang mengalir dalam tubuh mereka yang putih melepak tu. Aku harap gadis gadis kat malaysia ni masih ada lagi benda untuk bermain. Buat benda benda yang berfaedah contohnya berblog ke..jangan di tiru pulak bebudak rusia ni. Sayang betul kalau muka lawa macam awek kat atas tu tapi cacat atau mati muda disebabkan main benda ini. Jom lihat apa yang gadis gadis rusia ni main.