Slider 1 mini Slider 2 mini

28 November, 2013

Movie Ustaz Mu Tunggu Ku Datang

Ustaz Mu Tunggu Ku Datang | Filem Ustaz Mu Tunggu Ku Datang yang menampilkan Ajak dan Sharol SHIRO baru sahaja mulakan ditayangkan pada hari ini (28/11/2013) di pawagam. Seperti tak biasa, aku pun turut sama menyaksikan ustaz mu tunggu ku datang full movie di pawagam  GSC Amanjaya dengan my brother yang besday dia hari ini jugak.

ustaz-ku-tunggu-mu-datang-full-movie-download

Secara keseluruhan ok lah movie ni. Apa yang hendak disampaikan oleh Piree Andre (macam mana nak eja?) sampai kepada penonton. Tahniah kepada tuan pengarah. Banyakan lagi filem dakwah macam ni banyak banyak.

download-ustaz-ku-tunggu-mu-datang

Kepada anda yang belum menonton, boleh la pergi menonton di pawangam GSC yang berdekatan. Sudah sudah la tu download movie kat internet. . .  hehe

Sedikit Sinopsis Ustaz, Ku Tunggu Mu Datang.

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.
Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.
Bagaikan satu sinar, sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka  dan kedua - dua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.
Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai masalah.

Selamat Menonton Ustaz, Mu Tunggu Ku Datang Full Movie di pawagam!!!

Posted By Ikhmal Malique9:14:00 PM

27 November, 2013

Komisen Ke-5 Dari Ashadee.com

Komisen Kelima Ashadee.com

Buat Duit Dengan Blog Dengan Ashadee.com | Alhamdulilah, Dapat juga merasa kutipan hasil menuai dari blog ini menerusi Program Affiliate Ashadee.com.

Untuk yang belum tahu, Ashadee.com adalah Transform daripada JomNiaga.com. JomNiaga.com telah membuat penjenamaan semula BRAND JOMNIAGA kepada ASHADEE.

Walaupun komisen aku ni tak la banyak mana macam cikgu tu punya tapi sekurang kurangnya dapatlah sedikit motivasi nak terus berblog yang menjana pendapatan.

buat-duit-dengan-blog
Komisen Ke 5 Datang Dari Like Warrior 
buat-duit-dengan-blog
JomNiaga.com aka Ashadee.com Terbukti Membayar

Adakah ini semua kerana Penangan Kitab SEO Merah Jambu [KLIK Untuk Mengetahui Lebih Lanjut]?


Posted By Ikhmal Malique1:54:00 PM

26 November, 2013

5 Tips & Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning

Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning


Tips dan Cara Hack 8share Untuk Tingkatkan Earning | Nak dapat duit free menerusi online memang lah senang, senang? siapa yang cakap senang? kalau senang dah lama dah aku belikan backhoe untuk tokwan aku untuk uruskan kebun dia. Jadi apa boleh buat, kita HACK saja 8share bagi cepat sikit earning dia naik.


Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita baca bagaimana nak hack dan tingkatkan earning 8share.

Pertama.
HACk Yang pertama sekali anda mestilah hack diri anda dulu. Kena Rajin. Kena Ramah. Kena Sabar. Bak kata pepatah, ROME WAS NOT BUILD IN A DAY!


Kedua,
Ayat Power. Setakat terer mengorat awek mengunakan ayat sesumpah buat apa bro, serlahkan bakat anda dengan menulis status dengan mengunakan ayat ayat power. Tambah Penegasan dalam ayat anda, contoh. HEBAHAN, MESTI BACA, INFO MENARIK, dan sebagainya.

cara-tingkatkan-earning


Ketiga,
Letak Gambar yang menarik pada post anda, tetapi letaklah gambar yang berkaitan dengan apa yang anda iklankan. Jangan tipu pembaca.


Keempat,
Pendekan Link Anda mengunakan google shorten-er atau bitly. Untuk pengetahuan anda, rakyat malaysia sekarang ni telah di jangkiti sindrom dengki atau was was RM0.20, tengok link pelik sikit, dalam hati tu mesti kata "ni mesti nak aku klik untuk dia dapat 20 sen ni".
What the Jubur. Hang bagi kat bangla jaga tandas 4 kupang boleh pulak!!


Kelima,
Patuhilah Undang Undang 8share.
Jangan post kesemua kempen dalam satu post.
Jangan buat ayat iklan merayu rayu suruh orang klik. Please Klik la.. apa la.
AWAS, pernah terjadi seorang ahli yang account dia dah seratus lebih duit tetapi kena banned atas alasan melanggar etika pengiklannan.


Posted By Ikhmal Malique7:13:00 PM

27 October, 2013

Penjelasan Ku Bukan Alasanku Sebab Tak Update Blog Ku

Filled under:


Selepas kejadian jatuh motor akibat lubang yang tersusun cantik di jalanan, mood nak berbloging semakin kembang kumcup. Mungkin kerana effect daripada kehilangan 4 kuku jari kaki kot menyebabkan blog ni ta terupdate buat suatu masa yang lama. Tapi apa kaitannya. Adakah selama ni aku menulis dengan jari kaki?

Oh tidak, aku masih lagi mampu nak menulis dengan mengunakan jari di tangan. Pasal kehilangan kuku yang tercabut dek lubang di jalan tu aku tak salahkan lubang tu. Salah diri sendiri la kot. Sebab kalau nak dakwa di mahkamah pun belum tentu lubang tu di sabitkan kesalahan atas menyebabkan kecederaan kepada aku.

hehe.

masuk-lubang
Contoh Gambar Lubang Yang Melampau SUMBER: Google    

Posted By Ikhmal Malique2:32:00 PM

Ngap Sayot - Ramalanku Tak Benar Belaka

Assalamualaikum,

Tahniah buat pasukan Sarawak walaupun tewas kepada Pahang dalam aksi kedua separuh akhir sebentar tadi. Menarik juga perlawanan di antara kedua dua pasukan, macam tengok EPL. Walaupun pilihan hati aku memilih pasukan Sarawak mara ke Final Piala Malaysia pada kali tak ketersampaian, tak apalah nak buat macam manakan adat bertanding, ada yang menang ada yang kalah.

Asalnya pilihan aku untuk Final Piala Malaysia Watsons ni adalah pertarungan di antara ATM vs Sarawak. Tapi kedua dua pasukan tewas kepada lawan masing masing. Jadi, Ramalanku Tak Benar Belaka.

ngap-sayot


Posted By Ikhmal Malique12:39:00 AM